Sunday, 15 April 2012

Jangan kecewa kerana cinta :)

Jika kita mencintai seseorang
 kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada di sisi
 kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan
dua tangan untuk memegang
dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati untuk kita?
kerana Tuhan telah memberikan 
sekeping lagi pada seseorang untuk kita mencarinya.
itulah namanya cinta.














Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal 
jika kamu masih mahu mencuba.
jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup.
jangan sesekali kamu mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu 
masih tidak dapat melupakannya.

cinta datang kepada orang yang masih 
mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan.kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.kepada mereka
yang masih ingin mencintai walaupun mereka 
telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang 
mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.

bercinta memang mudah,untuk dicinta juga mudah
tapi untuk dicintai oleh orang yang kita 
cintai itulah yang sukar diperoleh.
cinta bukanlah kata murah dan lumrah
dituturkan dari mulut kemulut tetapi 
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah
dan suci jika manusia dapat melihat kesuciannya.
jika sahaja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan 
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

kita lahir dengan dua mata di depan
wajah kita kerana kita tidak boleh 
selalu melihat kebelakang.tapi pandanglah
semua itu ke depan,pandanglah masa depan kita.
kita dilahirkan dengan dua buah telinga
di kanan dan kiri,supaya kita dapat mendengarkan
semuanya dari dua buah sisi.untuk 
berupaya mengumpulkan pujian & kritikan
dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

jangan simpan kata2 cinta kepada orang tersayang
sehingga dia meninggal dunia.lantaran akhirnya kamu
terpaksa catatkan kata2 cinta itu di pusaranya.
sebaliknya ucapkan kata2 cinta yang tersimpan dibenakmu
itu sekarang selagi ada hayatnya.mungkin Tuhan 
meninginkan kita bertemu & bercinta dengan 
orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang tepat.
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang 
tidak mencintaimu tetapi lebih menyakitkan adalah 
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah 
memiliki keberanian untuk menyatakan cinta mu kepadanya.

ternata senyuman dapat menjadikan seseorang
terbuka hatinya.cinta mungkin tidak akan berlangsung
selamanya tapi ia akan bertahan .bertahan begitu lama
dan kuat,hingga kita tahu bahwa dia mengkhianati cinta kita.