Friday, 17 February 2012

Cinta Luka

Bukan aku menolak cinta
Namun aku tahu apa kesudahannya
Dia datang aku sambut mesra
Perginya pula menimbulkan rasa hiba

Sesekali timbul sesal di hati
Membenarkan diri dibuai mimpi
Membiarkan mimpi berakhir sepi
Sepi yang kini aku tangisi

Murah benar harga kasihku
Memberi walaupun ia tak laku
Namun aku jua sepertimu
Mahu dikasihi mahu dirindui

Tidakkah kau berasa malu wahai lelaki
Menagih kasih mahu dicintai
Tapi akhirnya kau melangkah pergi
Pergi tanpa sesalan terbuku dihati.

2 comments: